Peraturan & Undang-undang

 0.  MAAF KAMI TIDAK AMBIL PELANGGAN NON-MUSLIM KERANA ADA DAPUR MEMASAK DAN BBQ. KAMI JUGA TIDAK AMBIL PASANGAN TIDAK BERKAHWIN DAN GENG MOTOSIKAL

1. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan MAHRAM atau kumpulan rakan yang SAMA JANTINA.

2. Makanan dan minuman HALAL sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.TERMASUK DADAH SERTA APA APA YANG BOLEH DIAMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG NEGARA.

3. Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan. DILARANG MEROKOK DALAM RUMAH/TERUTAMA BILIK TIDUR CHALET & HOMESTAY.  KAWASAN LUAR RUMAH TELAH DILETAKKAN kERUSI BAGI YANG MEROKOK

4. Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan.

5. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu lalu lintas dan rumah jiran.

6. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran.  Jangan menganggu ketenteraman jiran sekeliling dengan membuat bising pada lewat malam (terutamanya waktu jam 12.00 malam ke atas)

7. Jangan tinggalkan barang berharga di dalam homestay.  Pastikan pintu, gril dan pagar chalet & homestay dikunci apabila apabila meninggalkan chalet/homestay dalam tempoh penginapan. Pihak chalet/homestay TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB atas kehilangan barang berharga anda semasa menginap di chalet/homestay.

8. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan tisu) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat.JAGA KEBERSIHAN BERSAMA.

9. Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku. Wang deposit anda mungkin ditolak sebagai gantirugi kerosakan yang berlaku akibat kecuaian pelanggan.

10. Jaga kebserihan seperti di rumah sendiri. Harap anda kemas seadanya seperti ketika anda masuk (Check In) apabila anda keluar (Check Out).

11. Diharap anda tidak mengubah kedudukan sebarang perabot dalam chalet/homestay.

12. *Masa masuk (check in) : 2.00 petang *Masa keluar (check out) : 12.00 tengah hari
Sila patuhi masa check out yang betul iaitu selewat-lewatnya 12.00 PM. Sila call/whatsapp kami setengah jam sebelum check out dan berikan no akaun untuk proses pemulangan wang security deposit. Anda boleh minta check out lewat dengan kadar caj tambahan minima RM5/jam dengan syarat tiada customer pada hari berkenaan.

13. Deposit tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan tempahan seminggu dari tarikh menginap.  Hanya boleh postpone tarikh dengan sebab yang munasabah seperti kematian.

14. Jika terdapat pembatalan lebih dari seminggu dari tarikh menginap, deposit akan dipulangkan.

15. Sampah sarap mestilah dibersihkan &; dimasukkan ke dalam plastik yang telah disediakan. Letakkan di luar pintu untuk dibuang oleh pengurusan chalet/homestay.

16. Bilangan tetamu/penghuni yang dibenarkan untuk menginap adalah seperti berikut

i. Chalet untuk 4 orang termasuk kanak-kanak

ii. Rumah kampung ada hall dan motel villa 8 orang termasuk kanak-kanak

iii.  Rumah kampung tiada hall dan Agro 6 orang termasuk kanak2

16. Jangan AMBIL BARANG HAK MILIK CHALET/HOMESTAY DAN MEMBUAT KOTOR PADA DINDING DINDING RUMAH HOMESTAY. CAJ GANTI RUGI AKAN DIKENAKAN ATAU LAPORAN POLIS AKAN DIBUAT JIKA BERLAKU KECURIAN.